Search

4 Kesalahan Format Resume Terbesar Yang Perlu Anda Elakkan

format resume

Dalam perjalanan mencari pekerjaan yang terbaik di Malaysia, anda akan memerlukan bahan-bahan seperti resume, surat permohonan kerja, serta visume (atau resume video).

Setelah memahami tiga format resume standard untuk pekerjaan di Malaysia, apakah antara kesilapan format resume yang anda perlu elakkan?

Kesilapan Format Resume Terbesar Yang Perlu Anda Elakkan

1. Menggunakan Format Resume Yang Salah

Berikut ialah ringkasan tiga format resume standard yang perlu anda ketahui:

Resume kronologi ialah format tradisional yang biasa digunakan oleh semua orang. Ia menekankan sejarah kerja terbaru, menyenaraikan jawatan kerja dengan jawatan terbaharu di atas dan yang terawal di bahagian bawah (kronologi terbalik).

Resume kefungsian memfokuskan kepada kemahiran khusus yang relevan dengan jawatan yang dipohon. Pemohon akan mempamerkan ringkasan profesional, kemahiran dan pengalaman kerja yang paling relevan dengan jawatan yang dipohon.

Resume gabungan menggabungkan kedua-dua format. Resume jenis ini berguna untuk mempamerkan ringkasan profesional, pengalaman kerja dan kemahiran menggunakan kaedah kronologi terbalik.

Untuk memahami setiap format resume dengan lebih baik, lihat artikel ini.

Apabila memohon sebarang pekerjaan, ingatlah untuk mencipta resume khusus untuk setiap pekerjaan yang anda mohon. Sebagai contoh, pekerjaan Perakaunan dan Kejuruteraan mungkin memihak kepada resume kronologi manakala Pemasaran dan Reka Bentuk mengutamakan resume berfungsi.

Ini adalah salah satu kesilapan format resume terbesar yang boleh anda lakukan. Elakkan penggunakan format resume yang salah semasa memohon kerja, atau lebih teruk lagi, menggunakan format resume yang sama untuk beberapa pekerjaan yang berbeza sifatnya.

Biasanya, majikan hanya akan menghabiskan 6 saat secara purata untuk menapis satu resume. Jika resume anda tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang betul, anda berisiko kehilangan peluang temu duga secara serta-merta.

2. Megelirukan Tugas Dengan Pencapaian

Kesilapan terbesar kedua format resume ialah mengelirukan tugasan dengan pencapaian. Tidak kira apa-apa format resume yang anda gunakan, kesemuanya menekankan pencapaian dan bukan sekadar tugas atau huraian kerja.

Jika anda memohon jawatan Jualan dan menggunakan resume berfungsi, anda harus menyertakan pencapaian anda seperti “Meningkatkan hasil jualan sebanyak 30%” dan bukannya hanya menulis “Menjawab panggilan jualan”.

Majikan ingin mengetahui sama ada anda CEMERLANG dalam peranan yang anda mohon, bukan hanya MAMPU. Untuk menonjolkan diri dalam kalangan ratusan pemohon yang lain, gunakan resume anda dengan bijak untuk menyerlahkan keupayaan anda dan dapatkan peluang temu duga.

3. Lupa Menyertakan Bahagian-bahagian Yang Standard

Terdapat beberapa bahagian yang wajib disertakan dalam resume:

  • Maklumat perhubungan
  • Ringkasan Resume
  • Pengalaman profesional
  • Kemahiran relevan
  • Kelayakan akademik

Untuk memaksimumkan peluang anda menerima peluang temu duga, kami menasihatkan anda untuk membuat resume yang lengkap dan profesional sebaik mungkin.

Selain itu, cuba sertakan Ringkasan Resume, sebarang pengalaman sukarelawan atau minat khusus yang anda miliki yang mungkin relevan dengan jawatan yang dipohon.

Jika anda lupa tentang bahagian-bahagian ini, resume anda berisiko tinggi ditandakan sebagai “tidak profesional”.

4. Tidak Memperibadian Resume

Kesilapan format resume terakhir adalah menggunakan templat resume yang standard atau ‘stok’ semasa memohon pekerjaan. 

Jika anda hanya menggunakan templat resume tanpa memperibadikannya, ia menunjukkan kemalasan anda dan mencadangkan bahawa anda tidak melakukan apa-apa penyelidikan mengenai syarikat atau jawatan tersebut.

Pastikan anda memperibadikan resume anda untuk setiap jawatan kerja yang anda mohon. Selidik laman web majikan untuk memahami budaya, nilai dan model perniagaan mereka. Semakin banyak anda memahami tentang majikan, lebih baik peluang anda untuk berjaya.

Setiap syarikat juga mempunyai matlamat, kebimbangan dan keperluan yang berbeza. Jika anda mampu memahami and menerangkan bagaimana kemahiran dan pengalaman anda akan membantu syarikat tersebut, ia menjadikan anda calon terbaik untuk peranan tersebut.

Penutup

Kami berharap artikel ini telah membawa pemahaman yang lebih mendalam tentang empat kesilapan format resume terbesar yang anda tidak harus elakkan semasa mencipta resume anda.

Sebaik sahaja anda mencipta resume dengan format yang betul untuk permohonan kerja, tugasan seterusnya adalah untuk menyempurnakan kemahiran temu duga anda. 

Di Job Majestic, kami mempunyai petua temu duga yang tepat untuk anda. Layari sekarang!

Leave a Comment

Job Majestic TRAIN

Most Practical Talent Matching Partner in Asia

Experience the future of talent matching with our cutting-edge Talent Relevancy Artificial Intelligence eNgine (TRAIN)

Your dream career starts here!

Job Majestic TRAIN

Most Practical Talent Matching Partner in Asia

Experience the future of talent matching with our cutting-edge Talent Relevancy Artificial Intelligence eNgine (TRAIN)

Your dream career starts here!